
Pusat Jalur lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Melaka mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman blog kami. Pusat Jalur lebar Komuniti merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd (Telekom Malaysia dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 pusat Jalurlebar Komuniti rintis untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Di Melaka terdapat 11 buah Pusat Jalur lebar Komuniti diantaranya:-
1. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Taboh Naning
2. Pusat Jalurl ebar Komuniti Kg. Melekek Luar
3. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Pegoh
4. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Tanjung Rimau Dalam
5. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Air Limau
6. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Melaka Pindah
7. Pusat Jalurlebar Komuniti Kg. Machap Air Pasir
8. Pusat Jalur lebar Komuniti Taman Rembia Cemerlang
9. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Pulau Semut
10. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Sungai Tuang
11. Pusat Jalur lebar Komuniti Kg. Permatang